Wednesday, April 06, 2005
soal hati dan naluri

cinta merupakan satu perasaan yg sukar untuk diungkapkan dan digambarkan melalui kata2. kita sesekali tdk dapat menikmati nikmat cinta melalui pengalaman org lain. hanya apabila kita melaluinya, baru lah kita akan dpt merasai pahit manis dunia percintaan. ada pepatah yg mengatakan "cinta tdk dipelajari,tetapi di alami". cinta tdk akan terjadi jika hati tak membenarkan kehadirannya. ada kalanya hati dan naluri akan bergabung menjadi satu, memutuskan sama ada cinta itu mampu bersemi dlm diri mahu pun terpaksa di enyahkan terus. cinta tdk boleh di paksa2 kerana apabila tdk ada keikhlasan, perasaan itu boleh terkulai layu. lalu apabila kita jatuh cinta pada seseorang, tanya pada hati, adakah benar2 perasaan itu wujud ataupun sekadar permainan semata-mata. jatuh cinta mungkin hanya permainan perasaan dan akan lenyap jika cinta tdk berkesempatan menjamah hati antara kita dan si dia. cinta juga boleh berkembang mekar andai kedua-duanya merelakan perasaan istimewa ini wujud di hati. naluri hanya penyambung dari kata hati untuk meluahkan cinta biar pun tdk di ungkapkan dari bibir. dan naluri selalunya tepat dlm membuat apa saja penilaian tentang sesuatu terutamanya soal cinta.
posted by zUrAedAh w.emlin @ 10:13:00 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
About Me


Name: zUrAedAh w.emlin