Rahasia kekuatan cinta Cinta mempunyai banyak maksud yg tersirat dan tersurat. Biar pun kamu merasakan sudah cukup arif tentang cinta, percayalah sebenarnya masih ada lagi yg kamu tdk tahu tentangnya. Teliti rahsia kekuatan cinta di bawah bagi memastikan cinta yg kamu lalui hari ini adalah cinta sejati lahir dari hati yg suci dan bukan nya cinta lakonan semata-mata.
Menghormati Kamu tdk mampu mencintai seseorang andainya kamu tdk menghormatinya. Namun, org pertama yg patut kamu hormati adalah diri kamu sendiri. Kamu patut bertanya pada diri "apa yg aku hormat pada diriku?" kemudian baru lah kamu tahu mengapa org perlu menghormati kamu dan kamu perlu menghormati org lain.
Memberi Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta yang kamu beri, makin banyak yg akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajar lah untuk melakukan perbagai mcm kebaikan. Formula rahsia untuk menciptakan hubungan ceria, penuh cinta dan abadi adalah dengan selalu berfikir "apa yg dpt aku beri?" dan bukannya "apa yg akan aku dapat?".
Persahabatan Bagi mencari cinta sejati, mestilah mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan hanya akan bererti apabila kamu saling berpandangan, tetapi lebih bererti apabila kamu sama2 menuju satu arah tujuan. Andai kamu mencintai seseorang dengan sepenuh hati, kamu seharusnya mencintai keperibadiannya bukan fizikal. Persahabatan adalah tanah di mana benih cinta akan tumbuh apabila di semai.
Melepaskan Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tdk akan pernah jadi milikmu. Dlm hunungan percintaan, seseorang memerlukan ruang untuk dirinya sendiri. Belajar lah untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yg buruk serta kedukaan hati kamu terlebih dahulu. Mencintai adalah satu kekuatan untuk melepaskan rasa takut, curiga dan ego. "hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tdk akan pernah mempengaruhiku dan hari ini juga adalah lembaran baru bagi hidupku".
Komunikasi Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Pastikan org yg kamu cintai mengetahui betapa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan tiga kata keramat “ aku cinta kamu”. Jangan pernah melepaskan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Tinggalkan org yg kamu cintai dengan kata2 mesra sebelum kamu berpisah dengannya. Ibaratkan, andainya kamu akan mati dan di beri kesempatan untuk menelefon org yg kamu cintai, siapa yg akan kamu telefon, apa yg akan kamu katakana.. dan sekarang.. kenapa kamu menunggu?
Komitmen Jika kamu ingin mendapatkan cinta yg berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen dan komitmen tersebut akan tercermin dlm fikiran serta tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yg sejati jika kamu ingin memiliki hubungan yg penuh dengan bunga2 cinta. Andainya kamu merasa terlalu terikat apabila memberi komitmen kepada seseorang, berhenti mencintainya kerana sebenarnya dia bukan lah untuk mu. Komitmen lah yg membezakan antara hubungan yg mudah hancur dengan hubungan yg kukuh. |