kain putih penentu dara?!
adat itu sdh lapuk! sepatutnya tdk harus dilakukan pd zaman sekarang. lelaki jangan mudah menunding jari mengatakan isteri tiada dara kerana pernah menjalinkan hubungan seks sebelum berkawin. masih ada keluarga pengantin lelaki yg meletakkan syarat atas kain putih pd mlm pertama untuk mengetahui sama ada menantu mereka masih dara atau tidak. sekiranya kain putih yg di bentangkan tdk menunjukkan sebarang kesan darah, dengan mudah mereka mengatakan menantu mereka sudah "ditebuk tupai". seseorang wanita cuma dianggap dara sekiranya kain putih yg dibentangkan pada tilam mempunyai kesan berdarah. bagaimana pula dgn kes wanita yg pernah di rogol? atau pernah menjalani pembedahan menebuk selaput kerana masalah kesihatan? atau kerana kemalangan akibat dari melakukan kegiatan yg lasak? adakah wanita itu perlu di persalahkan dan layak di gelar sudah ditebuk tupai?
ada wanita yg dilahirkan tdk mempunyai lubang pada selaput dara mereka yg menyukarkan darah haid untuk keluar setiap bulan dan menjejaskan kesihatan mereka. oleh itu, doktor akan menyarankan wanita itu menjalani pembedahan "menebuk lubang pada liangnya". sepatutnya suami tdk sepatutnya terus melatah apabila menyedari isteri mereka sudah tidak ada dara kerana mereka sendiri harus menyedari bahawa mungkin sebelum berkahwin, pasangan itu pernah membuat hubungan badan atas kerelaan sendiri dan tiada sebab pihak suami memalukan isterinya. pemasangan kain putih pada malam pertama bukan lah kemestian, malah dari sudut agama pun tdk termaktub syarat bahawa kain putih wajib untuk menentukan dara.
mungkin ada keluarga yg mengatakan kain putih yg di bentangkan pada mlm pertama dpt menakutkan wanita agar mereka tidak mudah menyerahkan badan dengan lelaki sebelum berkahwin. mungkin maksudnya baik tapi tdk wajarlah jika hasil yg di perolehi dijadikan petunjuk untuk menghukum seseorang wanita sebagai sudah tidak suci lagi. jika kain putih di jadikan sandaran kononnya untuk menilai kegadisan, bagaimana pula status "keterunaan" seseorang jejaka dapat di kenal pasti? kaum lelaki juga harus menjaga diri mereka. jangan kerana mereka tiada "tanda" mereka bebas berbuat apa saja. ingat lelaki yg baik adalah untuk wanita yg baik. lelaki juga tidak harus menyalahkan wanita semata-mata! seeloknya nilai diri sendiri sama ada diri mereka benar-benar masih teruna!!
p/s untuk gadis2 di luar sana jangan menghabiskan masa muda ini dengan kegiatan2 yg tidak berfaedah terutamanya seks rambang kerana kesannya di kemudian hari terutama apabila ingin berkahwin kelak! |