Antara ibu dan isteri mana yg lebih penting?!
Awal pagi tadi aku dapat sms dari seorang teman yg ingin tahu pendapat aku tentang persoalan di atas. Aku tahu setiap orang pasti mempunyai pendapat yang berbeza dan itu adalah sesuatu yang normal. Balik kepada sms tadi, situasinya macam ni, suatu hari aku, ibu, dan isteri menaiki sebuah kapal dan tiba-tiba kapal itu karam di tengah lautan. Aku hanya mempunyai satu pilihan sama ada aku nak selamat kan ibu aku atau isteri aku? Uaarrrgggghhh!!! Keduanya adalah insan yang penting dalma hidup aku. Kalau boleh aku nak selamat kan kedua-duanya sekali, tapi macam mana? Aku Cuma di beri pilihan antara satu sahaja. Ibu?? Isteri?? Tension!!!
Setelah puas aku berusaha untuk menempatkan diri aku dalam situasi ini akhirnya aku memilih ibu untuk di selamatkan. Tapi bukan maknanya persoalan ini terjawap, sebaliknya kawan aku nak tahu sebab-sebab nya dari jawapan aku. Ayoyo.. awal-awal pagi dia nak perah otak aku agaknya…hehehehe.. tak per.. tak per.. bulan depan aku turun kk dia kena belanja aku makan, janji jangan makan mee kari kinabalu ok.? Kang aku muntah balik ranau..hahahaha.. opss!!! Melalut pula aku ni… balik kepada persoalan asal, kenapa aku pilih ibu? Ok lah aku mula dari awal yer… tapi ini Cuma pendapat utama aku jer.. kalau nak panjang-panjang tu..call lah aku.. heheheh.. adoiii tak lah.. aku men2 jak..
Seperti yang kita sedia tahu, ibu adalah insan yang melahirkan kita... selama 9 bulan kita berada di dalam kandungannya, kita di lindungi dengan baik, diusung kesana kemari, di mana ibu berada di situ juga lah kita berada. Dan bila tiba saatnya kita di bawa untuk melihat dunia, sekali lagi ibu akan mempertaruhkan nyawanya, bermandikan darah dan keringat untuk melahirkan kita..betapa sengsaranya derita yang di tanggung oleh ibu ketika itu. Setelah kita lahir, tanggungjawap ibu semakin berat.. tak kira siang atau malam ibu sanggup bersengkang mata menjaga kita. Bermula dari menyusukan kita, memandikan kita, memberi kita makan, apatah lagi kalau kita sedang sakit.. ibu lah orang yang paling bersusah hati dan ibu akan berusaha sebaik mungkin merawat kita dan memastikan kita akan segera sembuh.. bila kita semakin besar ibu juga lah yang memastikan kita mendapat pendidikan di sekolah selain di rumah. Pagi-pagi buta ibu akan bangun menyediakan sarapan untuk kita, mengejutkan kita dari tidur, memandikan kita dan mengenakan pakaian pada tubuh kita. Pendek kata ibu sanggup melakukan apa sahaja semata-mata ingin melihat kita menjadi orang yang berguna di kemudian hari.
Bila kita telah menginjak alam dewasa, kasih ibu tetap berterusan mengalir dalam diri kita meskipun kasih itu ditunjukkan dengan cara yang berbeza sewaktu kita masih kanak-kanak. Bila kita ada masalah kebanyakan dari kita akan meluahkannya kepada ibu kerana ibu adalah pendengar dan penasihat yang baik lagi setia. Bah kan apabila kita nak mendirikan rumah tangga, kita akan rujuk kepada ibu dulu, kita mohon restu dari ibu. Dan apa bila kita telah di restui maka bermula lah alam baru dalam kehidupan kita. Kalau selama ini ibulah yang menjaga makan minum kita, maka sekarang tanggungjawap itu telah di ambil alih oleh isteri kita. Maknanya isteri adalah wanita kedua yang hadir dalam kehidupan kita selepas ibu.
Bagi sis, tidak ada alasan yang kukuh yang bisa menyokong kenapa kita lebih pentingkan isteri berbanding ibu. Memang kedua-dua mereka penting, tetapi ibu adalah segala-galanya, ibu adalah penyambung nadi hidup kita, tanpa ibu tak adalah kita. Bah kan untuk melihat sejauh mana kedudukan ibu, kita boleh rujuk beberapa perkataan yang mengatakan "surga di bawah telapak kaki ibu", "ibu ratu hati ku", "kasih ibu membawa ke surga".. kalau kita kehilangan isteri kemungkinan besar kita masih bisa mencari insan lain yang boleh mengisi kekosongan hidup kita. Namun jika kita telah kehilangan ibu tak kan ada yang bisa mengantikan kedudukannya dalam hidup kita. Kita tidak mungkin akan bisa masuk ke dalam rahim sesoarang, keluar menjadi bayi, membesar menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa dan kemudiannya bergelar suami. Kita akan mengalaminya hanya sekali sahaja bersama ibu kita yang tercinta. 
p/s ada sis terbaca paper beberapa hari yg lalu.. ttg bot karam di sarawak.. di mana seorang isteri kpd suami dan seorang ibu kepada seorang bayi yg baru berusia 7 bulan.. memilih jalan untuk mengorbankan nyawanya demi memberi peluang kepada suaminya untuk menyelamtkan bayi mereka.. terharu sis sampai menitiskan air mata.. betapa besarnya pengorbanan ibu kepada anaknya.. terima kasih ibu.. jasa mu kenang hingga ke akhir hayat!! dan yg pastinya sis juga akan bergelar ibu suatu hari nanti.. moga sis akan menjadi seorang ibu yg penuh kasih sayang dalam melayari bahtera kehidupan bersama suami dan anak2 kelak.. amin!!! |