antara cinta dan kasih sayang
apakah berbezaan antara kasih sayang dan cinta? adakah ia memerlukan antara satu sama lain untuk berpaut? kasih sayang boleh wujud tanpa cinta. tetapi cinta tidak akan mekar tanpa kasih sayang. jangan mengharapkan khayalan semata-mata untuk kita membayangkan betapa indahnya dunia percintaan. lalui dan nikmatinya, baru lah kita dapat mengetahui sejauh mana keindahan cinta itu. memang adakalanya cinta yang hadir itu tanpa kasih sayang. batapa janggalnya cinta itu kerana kekurangan satu zat yang mampu mengindahkan lagi dunia percintaan. cinta tanpa kasih sayang umpama rumah tanpa tiang. atas nama cinta, kasih sayang harus diwujudkan terlebih dahulu. kemudian barulah wujudnya cinta kerana dari kasih sayang, perasaan cintalah yang akan berputik antara dua jantina yang berlainan. bayangkan dulu kamu langsung tidak mengenali dirinya. kemudian berkenalan dan menjalinkan hubungan persahabatan. dari sahabat kasih sayang sudah boleh berputik untuk mengeratkan lagi tali persahabatan. kemudian tiba-tiba perasaan cinta itu wujud lalu hubungan persahabatan bertukar kepada kekasih. dari kasih sayang maka tercetuslah cinta yang mampu mengeratkan lagi dua hati untuk menjadi satu |