Bayangkan hanya berbumbung langit Berdinding sekadar angin Kerana syurga mereka telah dimamah bencana Satu harta yang tinggal hanya nyawa Bayangkan semua insan tercinta Dirampas sekelip mata hilang entah ke mana Nisan pun tiada tempatnya Warisan keluarga hanya pada nama Oh Tuhan, beri ketabahan hati mereka Menempuhi dugaan yang melanda Kita sesama manusia turut mendoakan Agar Kau suluhkan sinar dan harapan Ketika kita bersyukur dilindung Ada mereka diselubung pilu Mengharungi hidup bergantung pada simpati 'Masa depan' hanya sejauh esok hari Oh Tuhan, beri ketabahan hati mereka Menempuhi dugaan yang melanda Kita sesama manusia turut mendoakan Agar Kau suluhkan sinar dan harapan |