Linda Pandu BMW M3??
DAH namanya pun Pesona Bintang, takkan nak bawa Kancil? Paling tidak pun Kia Optima yang bakal dibawa pulang Bintang Paling Popular 2004. Tapi, cerita yang sampai ke telinga Zubir lagi hebat apabila seorang pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai Ramli (mungkin nama samaran), memberitahu Pesona Bintang Akademi Fantasia 2 (AF2), Norlinda Nanuwil atau lebih popular dengan gelaran Linda Ranau, kini hebat bergaya memandu BMW M3 yang harganya boleh mencecah sehingga RM300,000! “Si Linda tu baru saja jadi artis, tak sampai setahun, tapi dah mampu pakai kereta mewah. BMW M3 babe, no joke! La ni aku tengok dia ke mana-mana dok tayang BMW warna silvernya tu. Masalahnya memang tak salah kalau kau benar-benar mampu, tapi kau menyanyi, full album pun tak ada lagi, filem dah berlakon, tak keluarkeluar pun aku tengok. “Kalau nak pakai kereta macam tu, kurang-kurang down payment RM120,000, baru monthly kau bayar balik RM2,000. Don't tell me, kau bayar BMW tu dengan hasil titik peluh show kau! Kalau dah macam tu punya gayalah Zubir, mesti ada 'Pak Cik' bela! Aku confirm! Kurang-kurang, Datuk jutawan yang kepit si Linda tu sekarang. Kalau tak, mahu Datuk tu bagi free macam tu aje, mestilah 'dioverhaulnya' si Linda tu dulu! “Kalau setakat Linda Onn, Rosyam Nor, Hattan, Eja atau Halim Othman ke pakai BMW, aku tak kisah Zubir sebab kita tahu kemampuan dia orang tu. Tapi budak Ranau tu, aku rasa nak bayar instalmant pun belum tentu boleh lepas! Tengok macam Nana AF, sekarang ni dia pakai Honda Jazz, logiklah dia dah lama makan gaji dengan Era, show dengan Maestro pun mesti lebat! Jadi, orang tak pertikai kemampuan kau. “Aku harap kau dedahkan Zubir Datuk Jutawan mana dok kepit si Ranau tu,” cerita Ramli dengan nada yang berapi-berapi awal minggu lalu. Relax brother, Zubir dah ada pun jawapan Linda. Semasa Zubir call Linda, dia berada di kampungnya di Sabah kerana neneknya meninggal dunia. Sekali pun Linda masih dalam kesedihan, namun untuk memuaskan hati Ramli, Zubir pujuk Linda tu buka mulut juga supaya segala kekusutan dapat kita leraikan. Hafal jawapan Linda ni ya Ramli... “Abang Zubir, Linda memang dah agak, perkara seperti ini akan berlaku. Orang akan buat fitnah tengok Linda pandu BMW. Sebab tu, Linda hanya pandu kereta tu kira-kira sebulan saja, lepas tu Linda dah pulangkan kepada tuan punya BMW tu. Benar, sebelum ni Linda bawa BMW M3, warna Silver, tapi itu kereta pinjam, bukan Linda punya. “BMW tu dipinjamkan seorang peminat perempuan yang minat gila dengan Linda. Dia ni ada business sendiri, lepas tu anak Datuk pula. Pada suatu hari tu semasa kami makan, Linda beritahu Abang Linda yang di Subang Jaya tu, Linda plan nak beli kereta, senang nak pergi show. “Jadi, apabila peminat ni dengar, dia suruh Linda pakai keretanya dulu sebelum kereta Linda sampai. Now kereta Linda, Hyundai Matrix dah pun sampai, jadi Linda dah pulangkan balik BMW tu pada peminat perempuan tu. Linda harap Abang Zubir puas hati dengan penjelasan Linda, tapi cakap dengan si Ramli tu, janganlah buat fitnah lagi, dapat dosa aje,” jelas Linda panjang lebar, namun masih tersusun katakatanya walaupun dia masih berkabung. Cik Ramli sendiri mahu ingatlah ya, kalau tak puas hati lagi, boleh telefon Maestro dan buat temu janji dengan Linda,tanya sendiri hal BMW M3 tu depan mata kepala anda!! |
Eyeke...camtu ye