Mula2 aku nak ucap bebanyak tima kasih tuk semua kengkawan aku yg banyak memberi sokongan moral baik dalam doa2 mahupun kata2 semangat!! makasih!! segalanya aku tak sia2 kan! aku berjaya menawan puncak Kinabalu!! yahoooo!! Feb 12 Bertolak gi KK..Man ambik kat Bandaran gi Karamunsing..jumpa ngan Ain yg sdg menjamu selera..satu hari lepak kat Karamunsing men games,shopping,makan,minum. Sebelah malam baru bertolak gi rumah Man kat Menggatal naik bas yg penuh sesak sampai bergayut-gayut..huhuhu pengalaman pertama dlm hidup..
Feb 13 Awal pagi bertolak semula ke Karamunsing..suai kenal ngan kwn2 yg bakal menakluki Kinabalu..pastu bertolak gi National Park Ranau sampai kat sana dah masuk petang.. kesempatan ini tdk di sia2 kan selepas membersihkan diri kita org jln2 keliling Natioanl Park gi muzium..gi batu refflesia..naik bukit..turun bukit..pastu Sis,Ain,Nezey dan Any gi dengar taklimat ttg pendakian ke Laban Rata dan Puncak Kinabalu tuk keesokan harinya manakala yg lain tunggu kita kat atas..
Feb 14 8.30am memulakan pendakian ke Laban Rata sejauh 6km..di sini lah menguji segala kekuatan,kesabaran,pernafasan,tenaga,ketabahan..segala suka duka hanya Tuhan jer yg tahu..kalau mulanya kat Timpohon kita di lepaskan semua sekali (21 org) tak sampai 500m kita org semua terpisah..ada yg muntah..sesak nafas..huhuhu aku?? Adoiii nafas sepertinya di hujung rambut..sebenarnya daki dlm hutan seorang2 ni mmg best.. boleh menikmati keindahan alam..dengar kicauan burung2..bunyi haiwan2 hutan.. huhuhu sgt mendamaikan. Tapi kekadang ada kabus tebal yg meliputi membuatkan aku resah.. apa yg aku buat? Hihiih aku ikut kat belakang Mat Salleh2 tu atau sesiapa jer yg terserempak ngan aku..bukan nya apa..Cuma aku takut mana lah tau ada sesuatu yg tdk di ingini terjadi kan?? tapi kat km 5 tu aku terpisah dengan mereka..alalla tenaga aku dah semakin berkurangan aku terpaksa meneruskan pendakian berseorangan..semangat aku hampir patah..aku cuba sedaya upaya..tekanan udara pun semakin rendah..membuatkan aku susah nak bernafas di tambah pula beban beg kat belakang aku..dalam hati aku berdoa..berdoa dan berdoa..500m sebelum sampai Laban rata aku terserempak ngan pekerja kat atas tu.. dia lah yg meneman kan aku hingga ke Laban Rata.. kami sampai kira2 pukul 1.45pm..dan aku adalah orang ketiga perempuan dlm kumpulan kami yg sampai atas..huhuhuh..terimah kasih Tuhan engkau sumber kekuatanku!
Feb 15 Kira2 2.30 pagi kita dilepaskan tuk memulakan pendakian ke puncak Kinabalu.. mak oiii sejuk nya hingga menusuk tulang-belulang 3 lapis pakaian tebal pun masih tak mendatangkan kesan apa2!! Mendaki di tebing2 batu yg curam dalam kegelapan pagi buta di tambah kesejukan yg teramat sangat sehingga segalanya tak dapat ku gambarkan dengan kata2.. 5.15am aku bersama 6 org lagi kwn sampai puncak kira2 5.15am.. yahoo!! Aku berjaya! sepertinya aku tak pecaya bahwa aku lah org yg paling tinggi di Asia Tenggara saat itu..huhuhuhu sungguh indah ciptaan Tuhan hingga tak dapat di gambarkan dengan hanya kata2! Alami lah sendiri maka anda akan tahu bagaimana? Mengapa? Kenapa? Di mana? Pastinya di puncak Kinabalu!!!
Feb 16 Terjaga dari tidur kaki susah nak gerak..tapi oleh kerana aktiviti kita pagi itu adalah bermandi-manda kat Hot Spring Ranau,maka segala sakit2 tu hilang pabila kita terjun masuk kolam huhuhuh!! Walaupun tak pandai berenang aku tak nak ketinggalan aku hanya rendam kan badan kat kolam tu hahhah~ lain pulak kes ngan Ain dan Any mereka jer lah pompan yg pandai berenang dari pada 11 org.. apalagi mereka pun tunjukkan lah bakat masuk kolam 8 kaki tu alallalla..tabik spring kat Ain!! Sebelah ptg bertolak gi KK. Aku ngan Ain berpisah di pekan Menggatal!! Sedih mmg sedih tapi apa nak buat setiap pertemuan pasti ada perpisahan!! Namun kenangan 5 hari bersama tak kan terlupakan dan akan segar berkembang di sanubari.. tuk semua teman2 (21 org ) terima kasih banyak2 tuk segalanya..maaf ku pinta sekiranya ada salah dan silap sepanjang kita bersama! Moga kita bersua kembali di lain hari! SAYONARA!!! |