Saturday, December 18, 2004
senyum kelegaan
setelah 12 jam aku bergelut dengan sakit yg menyeksakan..hari ini aku boleh menarik nafas lega di ikuti dgn senyuman yg terukir di bibir..dan aku harap agar senyuman ini bisa menutupi derita yg aku alami smlm!

2.20am 17/12 >> aku terjaga dari lena,ku rasa kan ada yg tak kena dengan perut aku dan tak semena-mena aku sudah berada dlm toilet memuntahkan segala apa yg aku makan mlm sebelum aku tidur.. keadaan perut yg meracau-racau telah mengganggu tidur ku..umpama sembilu yg terus menusuk tanpa mengenal belas kasihan pada diri ku..kesakitan yg amat sangat itu tidak mengizinkan aku untuk menyambung tidur ku semula.. aku terus mengerang kesakitan! walau keadaan tubuhku semakin lemah..


7.30am 17/12 >> aku cuba mengumpulkan tenaga tuk bersiap-siap ke tempat kerja..namun kesakitan ini tak mengizinkan aku tuk berbuat demikian..akhirnya aku kembali rebah di atas tempat tidur ku..

2.09pm 17/12 >> kesakitan itu mula berkurangan..kesempatan ini ku gunakan tuk membersihkan diri dan cuba mengisi perut yg kosong walau hanya sesuap nasi..tapi usaha ku sia2 belaka..tak sampai 5 minit nasi itu ku muntahkan semula..dan akhirnya aku terlelap tak sedarkan diri.

5.00pm 17/12 >> aku bingkas bangun dan terus melangkah ke dapur..walau keadaan tubuh yg masih lemah ku ringankan jua tangan ini untuk membuat kerja2 dapur..

7.00pm 17/12 >> setelah semua kerja selesai..aku pergi mandi dan kemudian mengisi perut yg sememangnya kosong dari pagi2 buta lagi.
.
8.00pm 17/12 >> aku melelapkan mata..

5.00am 18/12 >> aku terjaga dengan keadaan tubuh yg sedikit lemah..namun aku bersyukur kerana aku masih di panjangkan usia sehingga pada hari ini aku masih ada di sini bersama-sama dengan kalian..

--------------------------------------------------
luahan hati sis_yulie december 17-18 2004

posted by zUrAedAh w.emlin @ 9:29:00 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
About Me


Name: zUrAedAh w.emlin