Friday, December 03, 2004 |
CokLaT |
BENTUK COKLAT PILIHAN KAMU
BULAT >>> Seorang yg menggemari kehidupan social. Individu yg tergolong dlm kelompok ini memiliki ramai kawan kerana sikapnya yg peramah dan mudah di dekati.
Seorang pendengar yg baik sehingga ada yg menjadikan kamu sebagai tempat curahan rasa hatinya. Sayangnya, kerana terlalu ingin menyenangkan hati org lain kamu sering terjebak dlm masalah mereka sehingga kamu lupa akan masalah peribadi kamu sendiri. Kamu juga tergolong individu yg tdk setia pd pasangan kamu. Kamu dikatakan gemar “mencuci mata”!
OVAL >>> Individu yg bijak bergaul. Jaringan pergaulan kamu amat luas kerana kamu mudah berinteraksi dgn sesiapa saja walau dlm apa jua keadaan. Idea2 yg lahir dari pemikiran kamu boleh diterima dan bernas. Kamu berwawasan tinggi dan disanjungi teman2 sekeliling. Dalam perhubungan pula,kamu tidak ragu2 tuk mencari teman baru sekiranya si dia dirasakan amat membosankan!
KOTAK >>> Setia,gemar merendah diri serta romantis adalah sifat kamu. Kerana sifat itu lah pasangan kamu akan setia di sisi kamu. Kamu memiliki daya konsentrasi yg tinggi dalam bekerja dan sentiasa berusaha mempertingkatkan wawasan diri. Tetapi sekiranya ada konflik melanda,kamu terlalu mudah melatah. Adakalanya kamu seakan cuba lari dari berhadapan dgn masalah..kamu tiada inisiatif untuk cuba menyelesaikannya!
WARNA COKLAT PILIHAN KAMU
COKLAT WARNA PUTIH >>> Kamu memiliki semua kekuatan utk menakluki dunia. Sayangnya kadangkala kamu seakan ragu2 utk membuat keputusan. Padahal,jika kamu tahu apa yg ingin kamu capai pintu kejayaan terbuka utk kamu!
COKLAT SUSU >>> Kamu suka pd keindahan dan peka terhadap apa yg kamu lihat. Bagi kamu,mengenang masa lampau dan mengingat kembali saat2 indah sewaktu kecil mampu membuat semangat kamu berkobar-kobar!
COKLAT HITAM (GELAP) >>> Kamu berpandangan jauh. Pandangan dan cadangan yg kamu kemukakan selalunya “up-to-date”. Kamu sentiasa berusaha untuk tampil lain dari yg lain. Selain itu kamu juga gemar mengumpul barang2 pemberian org!
COKLAT CAMPURAN (SEMUA RASA) >>> Kamu seorang yg fleksibel. Kamu tergolong antara induividu yg kaya dgn wawasan. Mudah bagi kamu mengikut peredaran zaman. Kamu tdk ingin diri kamu jauh tinggal di belakang!
|
posted by zUrAedAh w.emlin @ 8:47:00 AM   |
|
|
|
About Me |
![]()
Name: zUrAedAh w.emlin
| |