Tuesday, November 09, 2004 |
Kasih Seorang Teman |
Jiwaku terpukul,hati kecilku terluka,merintih dan menangis lagi. Apa ada pada darjat? Ada apa dengan harta,pangkat dan kedudukan? Sejati kah cinta jika hanya diukur dari sudut kebendaan duniawi yg bersifat sementara cuma? Ah!! Sungguh dangkal pemikiran manusia yg sanggup memisahkan cinta bahkan tega mengheret org2 yg tak bersalah ke lembah penghinaan.Namun apakan daya..kita hanyalah insan kerdil di mata mereka.
Maafkan diriku atas apa yg telah terjadi,bukan kusengaja menodai persahabatan murni ini..namun semua itu ku lakukan demi untuk melihat kau bahagia bersama dia yg mencintai dirimu. Meskipun kau selalu menafikan akan rasa cintamu padanya dan cuba menganggapnya sebagai seorang bos dan kakak, tapi aku tahu dalam hati kecilmu ada sekelumit cinta untuknya namun kau keliru dan cuba untuk menyembunyikan rasa itu.
Di sini ku luahkan segala yg kau tdk ketahui selama ini..bukan maksudku tuk melukai hati sesiapa namun sekedar ingin kau tahu bahawa aku bukanlah sekejam yg kau sangka.
Walau di saat itu aku sangat memerlukanmu kerana aku baru saja kehilangan cinta yg pernah terjalin selama 4 tahun dan mungkin juga dirimu ketika itu masih memerlukanku sebagai tempat membahagi rasa..namun aku harus akur pada keadaan dan sanggup mengorbankan sebuah persahabatan suci ini demi kau dan dia! Untuk pengetahuanmu, dia selalu menghubungiku bercerita tentang hal2 peribadinya dan secara halus dia selalu menyindirku bahkan dengan tuan rumah dan teman sebilik denganku dia ceritakan tentang hubungan kamu berdua. Sebenarnya keakraban di antara kita telah meracuni hatinya..dia tak mahu kehilanganmu..aku paham maksudnya kerana aku juga sepertinya.
Sejak dari itu aku nekad mengundur diri..menjauhi dirimu tanpa penjelasan dan lebih parah lagi pabila suatu hari aku berjalan di hadapanmu dengan seorang lelaki yg berlagak sebagai teman lelakiku..aku tahu betapa jijiknya kau menilai aku ketika itu..dan mungkin kau sesal mengenali diriku dan menjadi sahabatmu..aku rela menerima penilaian itu kerana aku mahu kau membenci diriku. Dan aku gembira kerana hari demi hari kita semakin jauh walau hidupku kosong tanpamu di sisi tapi kugagahi jua demi kasih seorang sahabat kepada sahabatnya dan berharap kamu berdua akan menyatu kelak.
Hari demi hari,bulan silih berganti..dan tika ku mendengar bahawa engkau akan bertunang dengannya pada bulan Mei lepas hatiku tersenyum riang dan berbisik sendiri “tak sia2 pengorbananku selama ini.”namun senyuman itu bertukar menjadi luka tatkala ku tahu bahawa bulan itu juga kau kehilangan pekerjaan dan hampir kehilangan dia hanya kerana keluarganya yg tak merestui hubungan kamu oleh kerana darjat yg berbeza!
Dan makin parah pabila ku tahu keluargamu juga menjadi sasaran penghinaan mereka!
Ke mana rasa sayang mereka selama ini terhadapmu?bukan kah kau adalah kakitangan kesayangan mereka?org kepercayaan mereka?tergamak mereka memperlakukanmu seolah-olah manusia yg tdk mempunyai hati dan perasaan..ku harap dirimu tabah menghadapi dugaan ini andai memang dia ditakdirkan untukmu yakin lah bahwa suatu hari nanti kamu pasti akan bersama..dan ketahuilah..aku masih di sini seperti yg dulu.. aku masih ida yg dulu!! Ida yg masih sayang dan rindu akan sahabatnya yg pernah hadir mewarnai kehidupan yg kontang..aku tetap berdoa moga dirimu tetap tegar dengan segala dugaan yg menghalang..kerana kau adalah sahabatku..
P/s ida dah tengok vcd pertama lakonanmu { CINTA GADIS TAMPARULI } kamu boleh pergi jauh dengan bakat yg kamu miliki..teruskan usaha kamu! Selamat hari jadi yg ke 27 tahun kucuma mampuh menadah tangan memohon doa moga panjang umur dan cekal selalu!
|
posted by zUrAedAh w.emlin @ 8:35:00 AM   |
|
|
|
About Me |
![]()
Name: zUrAedAh w.emlin
| |