Thursday, November 11, 2004
BERAYA KE RUMAH SI DIA!!!
UNTUK WANITA
PAKAIAN SOPAN >>> Rasanya lebih sopan kalau kita pakai baju kurung/kebaya ketika bertandang ke rumah si dia raya nanti. Tapi jangan lah pulak kain sampai belah paha! Kurang manis nampak! Tentu ayah dan ibunya akan sejuk hati kalau tengok bakal menantu mereka bersopan santun kan?..hihihhih..

JANGAN MEKAP LEBIH >>> Haaa!! Ini penting! Mmg lah kita nak kelihatan lawa di depan keluarganya tapi jgn lah mekap heavy sgt. Cukuplah dgn gaya mekap yg simple.

BERSALAM DAN SENYUM >>> Ingat bersalam dgn semua org. Kemudian senyum lah walaupun kita malu2. Kalau masam mencuka, akan di cop sombong nanti!! Bahaya!

BUAH TANGAN >>> Jeng! Jeng! Kalau kita bawa kuih yg kita buat sendiri tentu lebih elok. Tapi kalau yg tak pandai buat kuih tu?? Amacam? Alallala..kita beli jer lah kira ok lah tu..hihihih.. kan? kan?

RAJINKAN DIRI >>> Kita ni kan pompan..jadi ringankan diri untuk ke dapur menghantar pinggan/cawan yg kotor. Ini menunjukkan yg kita ni rajin lah konon hehehhehe..yah lah bakal menantu katakana tak baik duduk jer.

BAWA KAWAN >>> Hhihihihihi..sama seperti lelaki,kita boleh bawa kawan sebagai teman. Tak lah kita segan nanti kalau jadi tumpuan semua org..kan kita ni baru nak kenal2 dgn mereka..huhuhuhu…berdebar beb!! Hihihih..

P/s Haaa..pd kengkawan pompan semua siapa yg first time nak pegi ke rumah “boboy” kamu tu..huhuhu..cuba lah tips di atas ni..manalah tau boleh membantu kamu menghilangkan serba sedikit rasa takut dan gementar di hadapan keluarga si dia.. sapa tau juga kamu akan terus di sukai oleh keluarganya. Tapi ingat! Jangan bersikap hipokrit yah! Kerana itu tak membawa kebahagian sebenar..buat lah dengan hati yg ikhlas!!!
posted by zUrAedAh w.emlin @ 5:22:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
About Me


Name: zUrAedAh w.emlin