Thursday, November 11, 2004 |
BERAYA KE RUMAH SI DIA!!! |
UNTUK LELAKI
MINTA KEBENARAN >>> Jadilah s’org yg gentleman apa kata kamu cll dulu di mlm raya dan b’ckp sendiri dgn ayah/ibu si dia. Bukan apa..org tua mmg suka jika org jujur kpd mereka..perbuatan kamu ini menunjukkan kamu hormat kpd mereka dan jujur.
JAGA PENAMPILAN >>> Pastikan penampilan kamu sedap mata memandang. Tak semestinya mengenakan baju melayu..cukup lah kalau nampak kemas. Walaupun mungkin kamu ini mamat rock atau hip hop,tapi apa kata kamu buang dulu imej kamu itu untuk seketika..tak ada ruginya!
BAWA KAWAN >>> Kalau kamu takut nanti macam ‘kera sumbang’ bawa lah teman sekali. Seorang pun cukup lah..sekurang-kurangnya hilang sikit rasa segan kamu itu.
SELIDIK SIAPA AHLI KELUARGANYA >>> Mungkin si dia pernah menceritakan pd kamu ttg keluarganya,cuba ingat siapa mereka. Bila di perkenalkan nanti sekurang-kurangnya kamu sudah tau walaupun belum pernah jumpa. Ini membuatkan mereka rasa kamu benar2 ingin mengenali diri mereka dan ikhlas.
BERSOPAN >>> Jaga tingkah laku kamu. Jangan memalukan si dia dan diri kamu sendiri dgn perlakuan yg tak sopan!
BERSALAM >>> Bersalam dgn semua ahli keluarganya tanda hormat.
RAMAH MESRA >>> Mungkin kamu pemalu tapi cuba lah untuk bersikap ramah dengan mereka. Cari lah topik yg mungkin mudah untuk kamu bualkan bersama mereka terutama ayahnya..oppsssss..takutnya!
SENYUM >>> Jika kamu pendiam cukuplah kalau kamu senyum kerana takut nanti di kata sombong pula. Tapi janganlah tersengih sepanjang masa macam kerang busuk!
SEDIAKAN BUAH TANGAN/ANG PAU >>> Apa salahnya kamu bawa sedikit buah-buahan/kuih untuk keluarganya. Tak lah datang dgn tangan kosong saja. Kamu kan nak amek ati keluarganya..kenalah buat pelaburan..hihihihihihih
P/s Hihihihih…walaupun lelaki sering di katakana sebagai org yg berani tapi sis tau pasti kamu ada gementarnya juga apatah lagi nak jumpa bakal mentua..huuhuhuh.. jangan2 kamu seperti mandi air batu plak!! Apa kata kamu cuba tips di atas sekurang-kurangnya boleh membantu menghilangkan rasa gemuruh itu!! Selamat mencuba!!!
|
posted by zUrAedAh w.emlin @ 5:15:00 PM   |
|
|
|
About Me |
![]()
Name: zUrAedAh w.emlin
| |