Thursday, November 11, 2004
BERAYA KE RUMAH BEKAS KEKASIH!!!
Bagaimana pula pd mereka yg telah putus cinta? Apa kah perlu beraya ke rumah bekas kekasih mu itu? Tak salah! Sebenarnya ia memberi tanda bahawa persahabatan masih terjalin walaupun kasih telah putus. Sis ada kutip sedikit tips dari REMAJA sekiranya kamu ingin mengunjungi rumah bekas kekasih mu itu.

IKHLAS >>> Lakukanlah dgn niat yg ikhlas,jangan sesekali kamu mengunjunginya semata-mata hanya kerana ingin mengetahui keadaannya selepas kamu tinggalkan dia. Ini bererti kamu tdk ikhlas dan membuatkan dia merasa terhina dan bersedih dgn kehadiran kamu itu. Kehadiran kamu mungkin akan membangkitkan nostalgia silam antara kamu!

JANGAN DIUNGKIT KISAH SILAM >>> Jangan bercerita ttg kisah silam antara kamu dan si dia. Ini akan membuatkan rasa kecewa antara kamu. Berbicaralah ttg sesuatu yg menggembirakan di hari mulia. Jangan sesekali membuat mood kamu terganggu dgn kisah silam kamu dgn si dia.

ANGGAP KAWAN >>> Anggaplah si dia sebagai kwn mana tau suatu hari nanti dia boleh menjadi teman baik kamu. Jangan bercakap soal hati dan perasaan. Cukuplah sekadar berbual kosong atau bertanya kabar. Kamu juga boleh bercerita ttg kehidupan baru mu tapi bukan soal perasaan apatah lagi ttg teman baru mu.

JANGAN BAWA PENGGANTI >>> Jangan sesekali kamu membawa pengganti dirinya. Alalala! Lain lah pulak jadi nya nanti. Ingat! Tdk semua org sanggup menerima pengganti dirinya. Malah bekas kekasih kamu menganggap kamu ingin menunjuk-nunjuk pada dirinya dan membut hatinya terguris. Seeloknya kamu bawa lah beberapa org teman supaya kunjungan itu mmg atas dasar persahabatan.

MEMUJI JIKA PERLU >>> Tidak salah jika kamu sesekali memuji dirinya. Pujian yg ikhlas akan dpt membuatkan dirinya memaafkan kesalahan dan kesilapan dirimu yg lampau. Tapi ingat jangan puji berlebihan kerana si dia mungkin menganggap kamu ingin kembali kepada nya.

posted by zUrAedAh w.emlin @ 5:33:00 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
About Me


Name: zUrAedAh w.emlin